SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan pada Khamis oleh mahkamah Singapura selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak kekasihnya, sekalipun mengetahui mangsa pernah dirogol oleh bapa tirinya tiga tahun lalu.
Ekoran pelakuan jenayah itu, mangsa dilaporkan mengalami gangguan emosi dan pernah terlintas di fikirannya untuk mencederakan dirinya selepas dianiaya oleh dua lelaki.
Tertuduh yang berusia 44 tahun yang namanya tidak dapat didedahkan kerana mahu melindungi mangsa, mengakui bersalah atas satu dakwaan rogol ke atasnya.
Sementara, hukuman berhubung empat dakwaan lain ke atas tertuduh sedang dalam pertimbangan mahkamah.
Mahkamah turut diberitahu bapa kandung mangsa terputus hubungan dengannya sekitar 2016 atau 2017.
Di antara tahun 2017 and 2020, mangsa dilaporkan berhadapan dengan penderaan seksual dan rogol oleh bapa tirinya.
Lelaki berkenaan bagaimanapun sudah dihukum penjara 18 tahun pada Jun lalu.
Pada awal tahun 2020, remaja berkenaan bersama ibunya berpindah ke sebuah pangsapuri baharu, di mana dia bertemu dengan tertuduh yang juga jiran mereka.
Tidak lama selepas itu, tertuduh mula menjalin hubungan dengan ibu mangsa sebelum berpindah dan menetap bersama dua beranak itu.
Pada Jun 2020, tertuduh mula melakukan serangan seksual ke atas mangsa di dalam bilik tidur utama pangsapuri berkenaan ketika ibu mangsa sedang tidur di sebelah.
Itu merupakan pelakuan seksual pertama dibuat tertuduh dan diikuti dengan aktiviti susulan yang dipersetujui mangsa, namun, dalam "perasaan jijik", kata pendakwa raya.
Mangsa dikatakan telah memaklumkan kepada tertuduh yang dia pernah didera secara seksual oleh bapa tirinya.
Pada Julai 2020 pula, ketika tertuduh dan mangsa hanya tinggal berdua di rumah, lelaki itu cuba melakukan hubungan seks dengan remaja itu.
Dia merogol mangsa tanpa sebarang perlindungan - faktor yang memburukkan menurut pendakwaan - sebelum kembali menonton filem di bilik tamu.
Aktiviti seksual hanya berhenti pada bulan Oktober 2021 apabila ibu remaja itu melihat tertuduh terbaring di atas anaknya dalam keadaan intim.
Laporan polis kemudiannya dibuat dan lelaki itu ditangkap pada bulan yang sama.
Pasukan pendakwa raya menggesa hukuman penjara selama 10 tahun dikenakan ke atas tertuduh selain enam sebatan rotan, dengan menyatakan bahawa lelaki itu telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang yang memiliki ciri sebagai bapa kepada mangsa.
Tertuduh juga memiliki rekod jenayah pada tahun 1996 atas kesalahan seperti cubaan menceroboh rumah dan mencuri. - CNA
Agensi
Fri Sep 29 2023
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan pada Khamis oleh mahkamah Singapura selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak kekasihnya
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
AWANI Green Action: Bumi tenat jika anda tidak kisah
Memasuki abad ke-21, dunia meraikan transisi ketara inovasi pelbagai bidang sehingga ke angkasa. Di sebalik kesibukan mencorak masa depan, dunia tidak ketinggalan dihimpit isu yang menguji nilai kemanusiaan. Begitu juga isu yang menyentuh denyut nadi bumi. AWANI Green Action mengajak anda menyemai jiwa sayangkan bumi bermula dari dalam diri, disusuli tindakan dan peranan semua pihak. Ikuti laporan Nickyson Nyambar.
Soon Huat- Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Pemain profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara beregu campuran Masters Malaysia sekaligus mendapat hadiah perkahwinan paling menggembirakan.
Bertugas 24 jam, Sahabat Maktab bantu jemaah haji
Di sebalik terpaksa berkoban masa dan tenaga, Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, keinginan dan kesediaan untuk membantu orang lain mendorang 315 jemaah haji menyertai program Sahabat Maktab anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.
Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,984
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 35,984 orang.
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap penduduk di negara ini memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah di Malaysia.
Tukang masak lakukan amang seksual kanak-kanak ditahan Topik: Jenayah
Polis menahan seorang pelayan kedai makan selepas dipercayai melakukan ambang seksual ke atas seorang kenak-kanak berusia dua tahun di sebuah medan selera di Pandan Indah, Ampang Jaya pada Isnin lalu.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan
Polis Daerah Cheras, sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras, pada Sabtu malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mei 2024.
Rogol anak kekasih, lelaki dipenjara 10 tahun, 10 sebatan oleh mahkamah Singapura
Tiga tahun lalu, ketika remaja itu berusia 10 tahun, dia pernah dirogol oleh bapa tirinya.